Andrew Garfield, Nightmare Before Christmas, Holanda

Andrew Garfield menggantikan Tobey Maguire untuk watak Spiderman. Maguire digugurkan disyaki berpunca daripada salah faham dengan pengarah, Sam Raimi.

Nightmare Before Christmas adalah filem terbitan Tim Burton yang ditayangkan di SyFy Channel.

#ICantWaitUntil adalah hashtag yang digunakan oleh pengguna Twitter yang bermaksud saya tidak sabar untuk..

Pengguna Twitter menggunakan hashtag #toomanypeople untuk menerangkan bahawa terlalu ramai orang membuat sesuatu yang tidak logik pada akal.

Holanda adalah Belanda dalam bahasa Portugis.

Kramer adalah watak dalam siri Seinfeld yang digemari penonton kerana lawaknya.



Expecto Patronum, Azkaban dan Diego Souza

Expecto Patronum adalah satu jampi atau magis dalam filem Harry Potter.

Otm harry potter – OTM bermaksud ‘on the movie’ dan warga Indonesia sedang menonton filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban melalui siaran TransTV, sebuah rangkaian TV di Indonesia.

Drew Gooden adalah seorang atlit bola keranjang yang baru menandatangani kontrak bersama Milwaukee Bucks selama 5 tahun, di mana ia berjumlah $32 juta.

Diego Souza adalah pemain bola sepak yang baru menandatangani kontrak bersama Altletico-MG.

#mydream adalah hashtag oleh pengguna Twitter apabila mereka berkongsi pendapat tentang impian mereka.

#canadaday – 1 Julai adalah hari penting bagi rakyat Kanada dan pada hari ini diadakan perhimpunan, karnival, pertunjukan udara dan bunga api dan juga konsert.

Azkaban adalah nama penjara dalam filem Harry Potter. Warga Indonesia sedang menonton filem ini di saluran TranstV.



Roger Federer, Leeteuk, Wimbledon dan Habibie

Roger Federer telah disingkirkan oleh Tomas Berdych daripada kejohanan Tenis Wimbledon. Tomas Berdych menang 6-4, 3-6, 6-1, 6-4 di peringkat suku akhir.

#happyteukday – Ketua salah sebuah kumpulan Idol Korea Selatan, Leeteuk, menyambut hari kelahirannya hari ini.

#nootherthanteuk adalah hashtag yang digunakan oleh peminat beliau (Leeteuk).

Wimbledon berlangsung dari 21hb Jun hingga 4hb Julai di London. Kejohanan tenis ketiga daripada empat terbesar dunia, ia dipertandingkan di atas gelanggang rumput.

Ainun Habibie adalah isteri kepada bekas Presiden Indonesia yang meninggal beberapa minggu yang lalu.

Yang Menarik

Powered by Blogger. Theme: TheBuckmaker, Kredit online, Tyrol. Blogger Templates for WP 2 Blogger sponsored by Cinta.